Protein membina dan mengekalkan otot, organ, tisu-tisu penghubung, kulit, tulang, gigi, darah dan juga bahan genetik kita iaitu DNA (Deoxyribonucleic Acid). Protein membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Selain itu, protein juga penting dalam penghasilan enzim yang kebanyakannya berlaku dalam badan manusia. Contohnya ialah dalam proses penghadaman, enzim adalah amat perlu sebagai catalisis atau pemangkin untuk mempercepatkan tindakbalas dan kadar penghadaman dapat dipercepatkan.
Protein juga terdapat dalam darah yang dipanggil sebagai antibodi. Iaitu tindakbalas sistem imun badan yang melawan benda asing daripada memasuki badan. Protein juga dijumpai dalam hormon kita, dimana bahan kimia hormon dalam badan kita ini berfungsi sebagai messengers atau pengantara juga. Hormon membantu dalam mengawalatur aktiviti dalam badan, mengekalkan keseimbangan atau hemostasis dalam badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan