NEWBIE BLOGGER
Newbie ataupun pemula bermaksud seseorang itu baru sahaja mula berjinak-jinak dalam sesuatu perkara. Seperti saya sendiri baru sahaja mempelajari bagaimana menggunakan blog untuk memanfaatkan diri sendiri dan juga orang lain.
KENAPA MESTI BLOG?
Saya mula tertarik membuka akaun blog sebab bila saya melakukan carian untuk mendapatkan maklumat, selain wikipedia, kebanyakan artikel yang saya dapat adalah dari blog. Jadi tidak hairanlah saya mempunyai keinginan untuk menerokai dunia BLOGGER selain daripada FACEBOOK, INSTAGRAM, YOUTUBE dan lain-lain aplikasi. Blog menjadi salah satu lagi hobi saya. Saya sudah mula mencari kebaikan-kebaikan menggunakan blog untuk dimanfaatkan.
APA YANG MENARIK TENTANG BLOG
Bagi saya banyak. Terutama sekali bagi mereka yang suka membaca dan mendapatkan maklumat, banyak blog yang memberikan pelbagai informasi yang berguna untuk dikongsi bersama. Salah satu lagi yang menarik bagi saya ialah, terdapat banyak benda yang perlu diterokai jika menggunakan blog. Terutamanya bagi newbie seperti saya. Saya tidak mempunyai rakan terdekat yang aktif menggunakan blog sebagai hobi. kebanyakan mereka menggunakan apps atau media sosial yang lain seperti Facebook. Oleh sebab itu, saya banyak mencari dan meminta bantuan dari En. Google sahaja dan banyak maklumat yang saya dapat dari pelbagai blog.
Oleh sebab itu, mulai dari sekarang saya ingin mencari lebih lagi pengetahuan dalam dunia BLOGGER, memandangkan saya lebih suka duduk diam di depan komputer kalau tidak melakukan apa-apa. Benda yang ingin sekali saya terokai adalah INCOME TANPA MODAL ataupun pendapatan tanpa menggunakan modal melainkan menggunakan kerajinan dan usaha tekun tanpa putus asa.
Untuk masa sekarang, saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai AdSense, apa itu AdSense? bagaiman menggunakan AdSense, cara mendapatkan income dengan AdSense dan sebagainya..
Rakan-rakan blooger yang mempunyai maklumat atau pengetahuan lebih mengenai AdSense, mohon tunjuk ajar. Terima kasih kawan-kawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan